Sunday, October 31, 2010

:: PerjUangan ini ::


Salam to all my dear frens=)=)=)~senyum byk2 tanda suka sgt3

Yeaaaaaaaaaaaaaa bestnye dapat merasmikan 1st time muncul dalam blog ni..semua orang sila teruja dan terharu…tepuk tepuk! Ok ‘akak’ xde point sgt pun tuk entry ni..Sempena demam peperiksaan yang sudah pun bermula,so pada semua rakan2 selamat berjuang-muang bersunguh-sungguhan..Walaupun akak cukup memahami situasi kita yang gaya pembelajaran menggunakan kaedah last minit pulun habis (terutamanya solan spot) sambil meramal mana satu tajuk yang keluar, harapnya masa yang ada jangan kita sia-siakan okey!



Waktu2 hujung sem ni pulak mcm biasala,kita semua diuji dengan cuaca yang sejuk tahap beku disebabkan musim tengkujuh yang tiba..Jangan jadikan alasan sejuk dan tak keluar peluh xpayah mandi seminggu okey.nak exam badan kena segar.baru otak cerdas..Ni ujian kecil je tuk kita semua. Walaupon setiap kali bukak buku mata terus tinggal separuh je diameter bukaannye, tapi bertahanlah yek..Pelbagaikan kaedah belajar, bincang dengan kawan2 (tapi jangan duk bersembang lebih) dan buat nota grafik yang ringkas, kalau rajin formula2 supaya senang ingat.. Padahal sume orang dah tau je pasal cara belajar tapi nak jugak tulis kann..hehe. Sedar xsedar ni kali ke-7 kita ambil peperiksaan sejak masuk IPG ni,tapi tetap cuak nak masuk dewan kan.. Xpe2 dun wOrry,usaha je sehabis mungkin, pastu doa dan last skali bertawakal kepada Allah=)

Sama2 kita berdoa dipermudahkan menjawab, diterangkan hati dan dilapangkan fikiran untuk mudah mengingat, diberikan ilham terbaik untuk menjawab soalan nanti.. Inshaallah siapa berusaha, dia akan mendapat hasilnya (tapi dengan usaha yang jujur).. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penolong buat kita semua.. Ingat jasa mak ayah kita semua, masa depan anak didik kita (wahh) dan matlamat utama kita belajar.. Ilmu yang kita belajar, bukan untuk lulus exam semata-mata~~=)



Akhir kalam, selamat Berjaya semua.. Buktikan PISMP KS 2 BM terbaikkkkkk..chaiyokkkk!! \(^_^)/

*sila ingat lepas ni akan balik bercuti.. Bestnye!!

Anda 'Like', Hati kami suke!!

:: masih sempat lagi ::

tensyen ngn tpp..so blog terchenta jd sasaran...xde ketan ngn psbm pon..tp saje gatai nk tulih gak..entry kali ni sal cter surau td...

ase sayu sangat..jemaah ramai sangat..baca yaasin, tahlil, solat hajat untuk xm n kesejahteraan sem 8..yg jd leader plok sem 8..yg best imam ni dye bc surah yg kte x leh detect surah pe dye bc (nmpk sgt la kte ni cetek ilmu al-Quran)..hik hik hik..hanya tinggal bbrapa hari jek utk ase dye jd imam..nnti akan terasa la kekosongan mcm a.fazli oum tinggalkan ipg ni...x de pengganti bc doa qunut yg pjg berjela tu...best sgt..lau kt kelantan..nk ase pjg berjela mcm tu, time ramadan p terawih kt stadium..imam mekah yg dtg tu, bc pjg gitu la...hargailah selagi ada..doa dye td sayu sangat..

pastu pasni xdak da la org yg bg tazkirah dekat2 nk isyak tu..org yg bg tazkirah ni ckp nye tenang jek..dye slalu guna ayat "kita bongkarkan lagi"...hehe..

tme kaseh semua..warga ipg ksm...best r dok cn..mcm2 ragam..sume jadik kenangan yg mematangkan kehidupan..setiap yg bertemu akan berpisah..setiap yg bermula akan berakhir..saya mewakili psbm09 ucapkan senior2 sem 8 ni dipermudahkan segala urusan...

dan, moga kite semua berjaya utk xm kali ni..sempat lagi nk study ni...

Anda 'Like', Hati kami suke!!

:: TibA-TiBa Aku TeRjAdiK UstAd La PuLaK ::




Assalamualaikum dan salam sukan untuk semua.... Bertemu kita lagi dalam rancaaangaaaaannnn,,, kerat-kerat Jari TIPAH!!!!!!! Adalah dilaporkan bahawa kelantan menang piala malasyia!!!..(sambil sedeh sebab nogori kalah).... haaa, ini aku nak buat benda lain sikit.... Hahahahah. Untuk Entry kali ni aku nak post sumthin' yang aku rasa lama dah aku nak cakap.... hahahha... aku nak jadik Ustad,..... so ashraf, sila letak jawatan anda sekejap!!!! (sambil rampas songkok ko!)...... hem3.... dengaq sini semua orang2 kampong! aku nak stoly moly satu celite kat kolang sumer...



Hari tu enfon aku masuk mesej... tuuutttt..tuuuuttt.... (aku ingat awek mana mesej, punya cepat aku bukak, mana tau kot2 buleh sangkut ngan awek tu)........ tiba2, aku tediam ngan tepikir panjang ngan mesej tu,.... bunyik mesej tu mcm ni, " salam saudara/i, jika anda membaca dan menyebut zikir ini, (-----adalah zikirnya, tk buleh tulis tadak fon arab-----), dan anda kirim mesej ini kepada 10 orang, maka segala doa anda akan dimakbulkan dalam 24 jam..... dan jika anda abaikan anda akan ditimpa malapetaka dalam masa 10 hari... ingat, ini amanah.." .... aku tediam... then aku tegelak.... so aku rasa mesti korang tau mesej2 mcm nih dan penah dapat kan??? hahahaha..... pastu apa korang buat kat mesej tue??? aku??? hahaa. abaikan je...

Ni persoalan aku...

1- memang aku percaya perkara2 ghaib kerana telah dinyatakan oleh Allah dalam kitab suci dan jugak ada hadis2 nabi yg meriwayatkan..... dan memang berzikir dapat menenagkan hati, mendekatkan diri kita dengan Allah... tapi persoalan aku bukan kepada zikir itu, tetapi....

2- mana la tuan yang hanta mesej kat aku ni tahu, doa aku kompom akan dimabulkan dalam masa 24 jam????? hahahak... kalau btoi la kan, senang la, dengan menghantar mesej ja doa anda akan dimakbulkan.....(hampa tak rasa macam agama kita telah dipermainkan ka????!) ia bertentang dengan sunnah nabi, yang mengatakan bahwa tempat yang dekat antara hamba dan Allah adalah ketika sujud.... jadi berdoalah ketika itu...(rujuk hadis @ustaz)



3- pandai je dia cakap kalau kita abaikan mesej tu, akan ditimpa malapetaka dalam masa 10 hari..... ini pulak bertentangan dengan sifat Allah yang maha penyayang... Dan jugak harus kita ingat, hanya Allah yang mengetahui masa hadapan dan segala isi kandungan, percaturan semesta ini....

4- nak jek aku reply balik kat tuan yang hanta tu mcm ni, encik, boleh sertakan dalil nya tak?? kalau ada dalil saya buat... kalau tadak, tuan jangan sesekali memandai meletakkan hukum dan membuat andaian itu dan ini......

5- persoalan aku yang last dan yang paling simple,.... heheh, waktu zaman nabi dulu, tadak pulak henfon.... jadik, mana pulak datangnya kena hanta mesej dekat 10 orang then doa dimakbulkan nih???????? ada hadis pasal hanta mesej ke?? (korang buleh tolong jwb dak??? aku dah fening laaa, ustad aku dulu cakap lain, mesej ni cakap lain).... huhuhuhuhuhu

So aku harap kita semua especially PsBm 09, kalau kita nak bertindak atas dasar agama, biarlah kita membuatnya atas panduan yang jelas dengan dalilnya dan jugak ajaran2 yang penah kita belaja dulu dari alim ulama' dan juga usatad2 yang bertauliah..... So, kita janganlah terpedaya dengan pihak yang hanya mahukan keuntungan dan suka percaya kepada benda yang kadang2 tak masuk akal....... semoga kita bertemu lagi dalam rancangan Kerat-kerAt Jari TIPAH!!!!! wakakakakaka(memang kena la hang Tipah oiiiii, sapa suruh nama ang sedap sgt untuk rancangan aku ni!!!) babai, Assalamualaikum....(buah cempedak di luar paga, abik galah tulun julukkan, saya budak baru belajar kalau salah jangan hentakkan) ngeh3...

Anda 'Like', Hati kami suke!!

Friday, October 29, 2010

:: sAaT itU TiBa LaGi ::

berita sedih menyelubungi KS 2 lagi..moyang kepada Wan Norlail dan atuk kepada Akhimullah telah dijemput Illahi beberapa hari lepas..al-Fatihah...
nyatalah...setiap saat dan waktu itu dipegang oleh Allah..semuanya berada dalam pengawasannya..semoga kita sentiasa bersedia mengahadapi kematian..yang x kan lewat dan awal dari saat yang telah ditetapkan..
saya mimpikan arwah nenek..arwah baru sahaja meninggalkan kami..dia pulang solat di rumah..bila saya tnya..kenapa balik??dia ckp, bosan dok kt sana..sorang-sorang..dye penat...tapi solat juga...bile saya terjaga..pe yang saya dapat faham dari mimpi tu..solatlah banyak-banyak..buatlah amal ibadah..Hasan al Banna cakap, "kerja yang kita kena buat lebih dari masa yang kita ada.."
dak kelas KS2 yang selalu jadi imam kt surau yg nama Ashraf tu slalu baca surah al-Qiyamah..dari mula sampai habis..tadabbur la ayat tu..fahami yang tersurat dan tersirat...
Anda 'Like', Hati kami suke!!

:: aUTa veRSus FaKTa.. hik hik.. ::

·         Hampir semua beruang berbadan besar
·         pening lalat terjadi bila kita perhatikan lalat terbang ke sana kemari
·         Ayam tidak boleh berdiri 1 kaki di atas cerun manakala lembu tidak pandai turun bukit
·         pen merah selalu couple ngan pen biru manakala pen hitam hanya kacau daun
·         gam tidak akan melekat selagi belum kering
·         warna kuning umpama emas berharga manakala gigi kuning umpama tembaga
·         burung murai pandai menyanyi manakala biawak tidak pernah berkaraoke
·         katak akan serba salah untuk menyanyi bila hujan panas
·         Bas biasanya besar untuk mengangkut orang beramai ramai bukan untuk mati beramai ramai
·         ikan sardin tidak berasa panas bersesak sesak dilaut dan dalam tin tapi kepanasan bila dipanggang atas
          api
·         ramai orang ada laptop dan broadband melihat porno bersendirian
·         kapal terbang tak sama dengan gigi terbang
·         di dalam sebuah kem pasti terdapat ruang kosong
·         jam tidak pernah diletak dalam jamban.
·         kucing akan lari bila tikus memegang bom manakala tom dan jerry adalah pelawak yang terkenal
·         sayur kucai tidak boleh dibuat tali kasut
·         berus gigi boleh betukar menjadi berus kasut
·         mata menjadi juling jika melihat objek yang berada atas hidung
·         tapir tidaklah sehodoh dubuk
·         manakala leher zirafah akan menyangkut bila masuk rumah
·         Ga+jah =gajah -jah +jus = gajus
·         ketam akan lari ke kanan atau ke kiri
·         toleh ke kanan dan kiri semasa melintas jalan akan menyelamatkan nyawa anda dengan syarat tidak
          menutup mata
·         bola tidak dapat ditendang jauh sekiranya diperbuat dari besi
·         piring yang terhempas tidak semestinya pecah berkecai jika diperbuat dari plastik manakala kaca
          bukanlah permata
·         kanak kanak yang main mercun putus tangan tidak boleh membilang dengan jari dari 1 sampai 10
·         seluar dalam jika dipakai diluar seluar memberikan kuasa superman
·         hampir semua orang di tanjung rambutan tidak pernah menjadi doktor sakit jiwa
·         kebanyakkan kera dan monyet tidak control hensem n control ayu bila digambar
·         batman sepatutnya makan buah atau hisap darah
·         mentol sering menjadi simbol idea dalam kartun
·         tapak kaki adalah bahagian paling bawah manusia
·         mencari jarum amat mudah jika dibuang bersama benang panjang
·         tukul jika terbalik sangat susah digunakan
·         jarang jarang sekali tempuling mengenai hidung ikan paus
·         kacang tanah tidak sesuai dijadikan minuman seperti kacang soya
·         tikus hanya dapat membawa lari kacang tidak lebih dari satu guni
·         kuman tidak disabitkan kesalahan setelah membunuh orang secara beramai ramai
·         rejim zionis boleh mati dispray dengan racun nyamuk
·         labah labah tidak pandai membuatkan sekali pun pandai memintal benang
·         rambutan tiada rambut seperti orang hutan
·         ikan jalak lebih panjang dari hidung jalak lenteng
·         taik hidung masin kerana menjadi jeruk
·         menanam padi menggunakan chopstik adalah cara paling mudah untuk tension
·         mencabut gigi beruang cara paling mudah untuk menempah maut
·         garfu tidak mempunyai banyak kelebihan berbanding sudu manakala suduh kuah adalah paling tamak
·         keretapi sepatutnya digelar kereta panjang
·         belacan jika disapu ditangan kera menyebabkan kera gila dan mati
          manakala buaya adalah haiwan yang paling tidak pernah jinak
·         sesumpah akan mati bila diletak dibawah lampu kelab malam
·         kesalahan terbesar pelari sukan ialah berhenti sebelum sampai garisan penamat kecuali disuruh
·         bila kita melihat cermin kita hanya melihat cahaya manakala perbuatan memecahkan cermin di kepala
          adalah sia sia
·         memisahkan garam dan gula boleh dibantu oleh semut
·         Anai anai adalah makhluk perosak suka buat perumahan haram
·         jika anda berbogel ditengah jalan akan menyebabkan jalan sesak
·         Haiwan yang senang dipelihara tanpa diberi makan ialah cicak rumah

Anda 'Like', Hati kami suke!!

:: AyUh bERsamAkU.... KaNDA SEngaLL.... !!! ::


TAHU TAK KORANG.....

1)      TAHU TAK KORANG dalam bahasa inggeris dan itali, jurugambar dikenali sebagai PAPARAZZI. Perkataan itu dipercayai diambil daripada perkataan PAPARAZZO dalam filem La Dolce Vita yang dioterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama RAZZI juga boleh dikenali dengan nama PAPA RAZZI.... kuang kuang kuang !!!!
2)      TAHU TAK KORANG, Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia ini lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.. heheh..!!
3)      TAHU TAK KORANG, perkataan ‘MAY DAY’ yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan. Baik di laut mahupun udara berasal daripada bahasa Perancis máidez yang bermaksud ‘TOLONG SAYA’ dan bukannya berasal daripada perkataan SIAM ‘MAY DAI... MAY DAI..’  
4)      TAHU TAK KORANG, magnet adalah sejenis logam yang juga dikenali sebagai besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Walaubagaimanapun, orang yang diupah menarik kereta bukanlah magnet ye..!! ingat tu adeq2.. hahahaha..
5)      TAHU TAK KORANG, cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari ia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan di EKORi lagi.. wakakakaka..!!!
6)      TAHU TAK KORANG, bunyik perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun pada hakikatnya ia berbeza   dari segi rupa bentuknya. Tapi walaupun begitu, orang yang kene TEMPELENG still boleh makan LEMPENG ketika berasa lapar... so sape nak kene TEMPELENG.. mai2..
7)      TAHU TAK KORANG, gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletus. Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh ahli paranormal dan ahli2 kaji gunung mendapati bahawa api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika kita tidak membayar bilnya selama 3 bulan.. x percaya kew? Cubalah..!!! hik hik...
8)      TAHU TAK KORANG, ahli sains mendapati bahawa dengan memakan NASI AIR KAK DAH boleh menimbul satu tindak balas di dalam diri kita iaitu sesuatu yang disebut sebagai KEKENYANGAN .... namun begitu, ianya boleh menjadi tindak balas yang agresif  dan menimbulkan kompilasi penyakit kronik sekiranya ditambah dengan 13 sudu kicap perasa istimewa, dan teh beng diambil 6 kali seminggu secara ISTIQOMAH... so.. AYUH KITA SERANG KAK DAH NASI AIR>> wakkakakakakaka......!!!!!

Anda 'Like', Hati kami suke!!

:: MAAFKAN DAKU ::


MAAFKAN DAKU...

MAAFKAN ANDAI AKU TERLEWAT
MENGUCAP UNGKAPAN KERAMAT
AKU PENCINTA YANG KEHILANGAN KATA-KATA
DAN MASIH MENCARI RASA...

MAAFKAN AKU MEMBUATMU TERNANTI-NANTI
AKU PERINDU YANG TAK SETIA
MEMBIARMU RENTA DIMAMAH USIA
KERANA TEGUH DENGAN JANJI MUNGKIRKU....

MASIHKAH KAU MAHU MEMAAFKAN AKU
ATAS DOSA-DOSA CINTA
DAN TAK PERNAH SETIA???
AKU PECINTA YANG KEMATIAN
KASIH SAYANGMU.....

Anda 'Like', Hati kami suke!!