Friday, October 29, 2010

:: AyUh bERsamAkU.... KaNDA SEngaLL.... !!! ::


TAHU TAK KORANG.....

1)      TAHU TAK KORANG dalam bahasa inggeris dan itali, jurugambar dikenali sebagai PAPARAZZI. Perkataan itu dipercayai diambil daripada perkataan PAPARAZZO dalam filem La Dolce Vita yang dioterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama RAZZI juga boleh dikenali dengan nama PAPA RAZZI.... kuang kuang kuang !!!!
2)      TAHU TAK KORANG, Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia ini lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.. heheh..!!
3)      TAHU TAK KORANG, perkataan ‘MAY DAY’ yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan. Baik di laut mahupun udara berasal daripada bahasa Perancis máidez yang bermaksud ‘TOLONG SAYA’ dan bukannya berasal daripada perkataan SIAM ‘MAY DAI... MAY DAI..’  
4)      TAHU TAK KORANG, magnet adalah sejenis logam yang juga dikenali sebagai besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Walaubagaimanapun, orang yang diupah menarik kereta bukanlah magnet ye..!! ingat tu adeq2.. hahahaha..
5)      TAHU TAK KORANG, cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari ia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan di EKORi lagi.. wakakakaka..!!!
6)      TAHU TAK KORANG, bunyik perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun pada hakikatnya ia berbeza   dari segi rupa bentuknya. Tapi walaupun begitu, orang yang kene TEMPELENG still boleh makan LEMPENG ketika berasa lapar... so sape nak kene TEMPELENG.. mai2..
7)      TAHU TAK KORANG, gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletus. Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh ahli paranormal dan ahli2 kaji gunung mendapati bahawa api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika kita tidak membayar bilnya selama 3 bulan.. x percaya kew? Cubalah..!!! hik hik...
8)      TAHU TAK KORANG, ahli sains mendapati bahawa dengan memakan NASI AIR KAK DAH boleh menimbul satu tindak balas di dalam diri kita iaitu sesuatu yang disebut sebagai KEKENYANGAN .... namun begitu, ianya boleh menjadi tindak balas yang agresif  dan menimbulkan kompilasi penyakit kronik sekiranya ditambah dengan 13 sudu kicap perasa istimewa, dan teh beng diambil 6 kali seminggu secara ISTIQOMAH... so.. AYUH KITA SERANG KAK DAH NASI AIR>> wakkakakakakaka......!!!!!

Anda 'Like', Hati kami suke!!

No comments: