Friday, October 22, 2010

:: kEsah OrAng BerTAuBaT ::


untuk pertama kalinya menulis sesuatu ke dalam blog ni...tak tau nk tulis pe..moga ini sesuai untuk semua..semoga hati-hati yang membaca coretan ini dilapangkan..menerima seadanya...sekadar renungan dan dijadikan iktibar..

kisah ni diambil dari sebuah buku yg dipinjam oleh Amira Afiqah bt Marzuki di Perpustakaan IPGM KSM..terbaca..tenkiu mira...

kesah ini berlaku zaman Syed Qutb.begini ceritanya : -

lelaki ini adalah seorang pelakon terkenal zaman itu. lebey kurang mcm sape ek skang ni?? x dpt detect la..lama da x ikot perkembangan dunia hiburan ni...lelaki ni (x ingat nama) telah berlakon berpuluh2 filem dan ratusan drama.

tetiba satu hari..dtg rasa keinsafan dalam dirinya..sampai bila dye nk hidup dalam maksiat..almaklumlah, dunia hiburan..sedangkan kematian itu semakin hampir..waktu itu syed Qutb sedang sakit di hospital..

lelaki ini bertaubat dengan sesungguh hatinya..dia pergi melawat Syed Qutb dan menceritakan hal hidupnya. dia memberitahu Syed Qutb bahawa dia akan berhenti berlakon. namun Syed Qutb tidak membenarkannya. Syed Qutb berkata, "Jika engkau berhenti dari dunia hiburan, siapakah yang akan berdakwah di dalam medan itu? hanya orang tahu akan medan itu mampu untuk menyampaiakan dakwah dengan berkesan.."setelah berdiplomasi dengan isterinya, lelaki itu bersetuju untuk menerima saranan Syed Qutb.

lelaki ini menerima tawaran lakonan filem, "Khalid al-Walid" dengan memegang watak Khalid al-Walid. dia telah meletakkan syarat bagi watak-watak yang ditawarkan padanya. namun, dia masih berasa tidak puas hati. dia terus meninggalkan dunia hiburan dan mengabdikan dirinya di masjid-masjid untuk menuntut ilmu selepas Syed Qutb meninggal.

kehidupannya tidak habis di situ..dia juga membuka ta'lim dan usrah-usrah. kehidupannya hanya diabdikan kepada Allah. dia meninggal dunia di saat ta'lim dan usrahnya berkembang dengan pesatnya.



namun apa yang mengecewakan, selepas kematiannya, pihak industri hiburan Mesir telah menayangkan semula filem lakonannya ketika dia belum bertaubat. dan, hal ini tidak dapat dibendung..

ibroh dari cerita ini..wajarkah perkara ini berlaku??? yup!!!bertaubat itu dituntut..namun mendedahkan keaiban orang itu dilarang..seandainya di kalangan kita ini ada yang cuba berubah, berilah sokongan..janganlah mengungkit kisah silamnya..saya pasti, jika dia mengenang kembali zaman itu, ingin diputar semula waktunya..pastinya rasa malu menguasai diri..saat kita melakukan maksiat, saat kita melupakan Allah, saat kita beribadah pada Allah...Allah ada sentiasa bersama kita..Dia tak prnah meninggalkan kita walau apa pun perkara yang kita lakukan..

untuk diriku dan rakan-rakan yang ku sayang kerana Allah..bertaubatlah..semoga kita tidak hanya bertemu di dalam bumbung IPG KSM..tetapi di syurga Allah yg kekal abadi..~

Anda 'Like', Hati kami suke!!

3 comments:

nuryel said...

betul...x baik bukak aib orang...hidup mcm roda ari ni kt bt kt org ntah esok2 kt lak yg kena...ari 2 dh x tau nk bt apa...nyesal pn dh x guna

PISMP PS BM JAN 09 said...

moderator berbagi pandangan:

kalum dah terkena tu nak wat ghena, trima sajor.. tapi penyesalan itu PENTING dan sangat berguna, insaflah dan tak pernah ada istilah terlambat... kemaafan Allah itu luas seluasnya..

asma' said...

sayer suka ngn kedua-duan komen ni...