Friday, October 29, 2010

:: aUTa veRSus FaKTa.. hik hik.. ::

·         Hampir semua beruang berbadan besar
·         pening lalat terjadi bila kita perhatikan lalat terbang ke sana kemari
·         Ayam tidak boleh berdiri 1 kaki di atas cerun manakala lembu tidak pandai turun bukit
·         pen merah selalu couple ngan pen biru manakala pen hitam hanya kacau daun
·         gam tidak akan melekat selagi belum kering
·         warna kuning umpama emas berharga manakala gigi kuning umpama tembaga
·         burung murai pandai menyanyi manakala biawak tidak pernah berkaraoke
·         katak akan serba salah untuk menyanyi bila hujan panas
·         Bas biasanya besar untuk mengangkut orang beramai ramai bukan untuk mati beramai ramai
·         ikan sardin tidak berasa panas bersesak sesak dilaut dan dalam tin tapi kepanasan bila dipanggang atas
          api
·         ramai orang ada laptop dan broadband melihat porno bersendirian
·         kapal terbang tak sama dengan gigi terbang
·         di dalam sebuah kem pasti terdapat ruang kosong
·         jam tidak pernah diletak dalam jamban.
·         kucing akan lari bila tikus memegang bom manakala tom dan jerry adalah pelawak yang terkenal
·         sayur kucai tidak boleh dibuat tali kasut
·         berus gigi boleh betukar menjadi berus kasut
·         mata menjadi juling jika melihat objek yang berada atas hidung
·         tapir tidaklah sehodoh dubuk
·         manakala leher zirafah akan menyangkut bila masuk rumah
·         Ga+jah =gajah -jah +jus = gajus
·         ketam akan lari ke kanan atau ke kiri
·         toleh ke kanan dan kiri semasa melintas jalan akan menyelamatkan nyawa anda dengan syarat tidak
          menutup mata
·         bola tidak dapat ditendang jauh sekiranya diperbuat dari besi
·         piring yang terhempas tidak semestinya pecah berkecai jika diperbuat dari plastik manakala kaca
          bukanlah permata
·         kanak kanak yang main mercun putus tangan tidak boleh membilang dengan jari dari 1 sampai 10
·         seluar dalam jika dipakai diluar seluar memberikan kuasa superman
·         hampir semua orang di tanjung rambutan tidak pernah menjadi doktor sakit jiwa
·         kebanyakkan kera dan monyet tidak control hensem n control ayu bila digambar
·         batman sepatutnya makan buah atau hisap darah
·         mentol sering menjadi simbol idea dalam kartun
·         tapak kaki adalah bahagian paling bawah manusia
·         mencari jarum amat mudah jika dibuang bersama benang panjang
·         tukul jika terbalik sangat susah digunakan
·         jarang jarang sekali tempuling mengenai hidung ikan paus
·         kacang tanah tidak sesuai dijadikan minuman seperti kacang soya
·         tikus hanya dapat membawa lari kacang tidak lebih dari satu guni
·         kuman tidak disabitkan kesalahan setelah membunuh orang secara beramai ramai
·         rejim zionis boleh mati dispray dengan racun nyamuk
·         labah labah tidak pandai membuatkan sekali pun pandai memintal benang
·         rambutan tiada rambut seperti orang hutan
·         ikan jalak lebih panjang dari hidung jalak lenteng
·         taik hidung masin kerana menjadi jeruk
·         menanam padi menggunakan chopstik adalah cara paling mudah untuk tension
·         mencabut gigi beruang cara paling mudah untuk menempah maut
·         garfu tidak mempunyai banyak kelebihan berbanding sudu manakala suduh kuah adalah paling tamak
·         keretapi sepatutnya digelar kereta panjang
·         belacan jika disapu ditangan kera menyebabkan kera gila dan mati
          manakala buaya adalah haiwan yang paling tidak pernah jinak
·         sesumpah akan mati bila diletak dibawah lampu kelab malam
·         kesalahan terbesar pelari sukan ialah berhenti sebelum sampai garisan penamat kecuali disuruh
·         bila kita melihat cermin kita hanya melihat cahaya manakala perbuatan memecahkan cermin di kepala
          adalah sia sia
·         memisahkan garam dan gula boleh dibantu oleh semut
·         Anai anai adalah makhluk perosak suka buat perumahan haram
·         jika anda berbogel ditengah jalan akan menyebabkan jalan sesak
·         Haiwan yang senang dipelihara tanpa diberi makan ialah cicak rumah

Anda 'Like', Hati kami suke!!

No comments: