Tuesday, October 19, 2010

:: SATU PERMULAAN - SEBUAH PERJUANGAN ::

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat pengunjung-pengunjung setia blog HATI KITA @ PISMP PS BM JAN 09. Blog ini dirasmikan secara langsung pada 24 / 10 / 2010 (AHAD) pada jam 8.00 pagi oleh Tutor kami Yang Mulia Puan Nik Azleena Binti Nik Ismail. Cetusan untuk menghasilkan blog ini merupakan idea daripada persetujuan secara bersama antara ahli unit. suatu mesyuarat khas tel;ah diadakan dan beberapa persetujuan telah termeterai untuk memberi nama blog ini sebagai HATI KITA yang merujuk kepada satu kesatuan hati yang tidak terpisahkan. dengan meletekkan "tagline" - Persahabatan Ibarat Limpahan Magis Yang Tiada Hentinya dimana penekanan pada unsur persahabatan diibaratkan sesuatu yang ghaib dan suci tak terlihat oleh pandangan mata kasat ini namun ianya ADA.... dan persahabatan ini juga akan terus mengalir secara magis dalam hati kami satu unit tanpa ada pengakhirannya... semoga blog ini mamp[u menjadi wadah dari pelbagai aspek dan menerangi pemikiran dan hati setiap pengunjung yang menziarah secara sengaja atau tidak sengaja..

Anda 'Like', Hati kami suke!!

3 comments:

keyrun said...

@>-Persahabatan bukan matematik yang dapat dihitung dengan nilainya, bukan juga ekonomi yang mengharapkan materi, tetapi "PERSAHABATAN" adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa -<@

ﻨﺎﻜﺨﺪﺍ ﻜﺎﻔﻞ said...

..andai ditakuti akan perpisahan itu jangan diizinkan sebuah pertemuan..
..bertemu dua orang manusia bermakna bermulalah sebuah persahabatan..
..jika dihimpunkan berbukit-bukit emas sekalipun belum tentu dapat membeli nilai erti sebuah persahabatan..

PISMP PS BM JAN 09 said...

moderator berpesan :

bersahabatlah dengan semua tak kira siapa dan apa.. manusia, haiwan, tumbuhan, alam, hati, fikiran, nilai dan segalanya yang ada di langit dan di bumi..